Perkahwinan bawah umur

Perkahwinan bawah umur sering menjadi kontroversi dari semasa ke semasa. Masyarakat moden menganggap pelajar sekolah rendah(7-12) belum layak berkahwin lagi. Ada juga yang menyatakan pelajar sekolah menengah rendah (13-15) juga belum layak mengandung, melahirkan anak dan menyusukan anak. Pada peringkat ini , mereka lebih sesuai belajar di sekolah dan mengalami serta merasai keindahan dunia remaja secukupnya.Enakmen Majlis Agama Islam di Malaysia menunjukkan lelaki boleh berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke atas.